Sejarah 'SYIAH'nya para ASWJ di Iran

Populasi iran pada waktu sebelum Dinasti Safawiyyah(سلسلهٔ صفويان‎)(1501–1736) kebanyakannya adalah bermazhab Syafie dan Hanafi sehinggalah kebangkitan Dinasti Safawiyyah ( yang pada asalnya adalah Sufi yang bermazhab Syafie). Ironinya, ketika waktu sebelum tertubuhnya Dinasti ini, hinggalah ke akhir abad ke 15, Kerajaan Uthmaniyyah biasa menghantar banyak Ulama' ke kawasan Iran untuk mendalami pengajian mereka di dalam ASWJ, oleh kerana kekurangan Madrasah yang ada di dalam kawasan Empayar Uthmaniyyah sendiri.

ASWJ Iran juga sangat menghormati keturunan Rasulullah SAW dan meletakkan mereka di tempat yang tinggi. Sebaliknya pada Syiah; sebelum tempoh safawiyyah, hanya minoriti sahaja yang mengikuti mazhab itu, hanya sedikit ulama' syiah yang ada di Iran.

Daripada tahun 1500 hingga 1502, Shah Ismail I, pengasas Dinasti ini, telah menawan Tabriz, Azerbaijan. Dia telah menggunakan hampir keseluruhan dekad yang kemudian untuk memperkukuhkan lagi penguasaannya ke atas iran, dimana ketika itu, majoriti populasi orang Parsi masih lagi ASWJ. Operasi ketenteraannya bermula dengan menguasai bahagian tengah Iran pada 1504. Mengambil kawasan barat daya Iran di antara tahun 1505 dan 1508 sebelum akhirnya menguasai kawasan Khurasan dan kota Herat pada 1510.

Pada awal pemerintahan dinasti shafawiyyah diasaskan atas dua tiang asas. Pertamanya adalah Syiah dan keduanya adalah Persia, dan Ismail lebih menumpukan perhatian untuk isu Syiah lebih daripada dasar Persia. Kebencian beliau kepada orang orang ASWJ tidak mengira sempadan kemanusiaan, terkenal sebagai seorang Syiah yang paling tidak bertolak ansur setelah kejatuhan dinasti Fatimiyyah di Mesir dan pembersihan para ASWJ pada zaman beliau sangat kejam dan tidak ada timbang rasa.

Walhasil, alternatif yang tinggal untuk orang Parsi (yang ketika itu masih ASWJ tulen, perlu diingat ramai ulama' ASWJ juga orang Parsi, antaranya Imam Al Ghazali ra.) hanya sama ada bertukar kepada syiah ataupun menerima hukuman bunuh. Kesannya, di kawasan yang mana Ismail berkuasa penuh, beliau sangat berjaya memaksa pertukaran mazhab rakyat Parsi daripada ASWJ ke Syiah

Sebab/Rasional polisi Ismail I

Berbanding dengan kebanyakan Kerajaan Muslim yang telah ada ketika itu, Safawiyyah begitu bekerja keras menukarkan mazhab orang Parsi dan juga mengukuhkan fahaman itu di Iran. Antara sebab - sebab yang boleh dikenal pasti kerana :

1. Untuk memberikan Iran dan tanah pemerintah safawiyyah satu identiti yang asing dan unik yang mungkin boleh dijadikan perbandingan dengan 2 musuh tradisi mereka yang Sunni, yang mana kedua duanya Etnik Turk ; Khilafah Uthmaniyyah dan jugak Uzbeks Asia Tengah- di barat dan timur laur Iran.

2. Safawiyyah telah terlibat di dalam konflik yang berpanjangan dengan Khilafah Uthmaniyyah - dalam beberapa Peperangan antara duanya - dan konflik ini telah memotivasikan Dinasti itu untuk mencipta satu identiti yang jelas untuk berhadapan ancaman Uthmaniyyah dan juga kemungkinan pemberontakan didalam Iran dikalangan rakyat yang masih ASWJ.

3. Proses pertukaran mazhab itu adalah sebahagian proses membina batu sempadan yang mana ianya akan menjadikan semua subjek di bawah Dinasti setia kepada pemerintahan dan sistemnya, dan memudahkan pemerintah untuk menjalankan segala dasar mereka.


Kaedah yang digunakan Dinasti Safawiyyah

Ismail I terus mengukuhkan cengkaman beliau ke atas Iran dan melancarkan kempen yang begitu kejam, tidak berperikemanusiaan, dan juga sangat keras untuk menukarkan rakyat Iran yang bermazhab ASWJ kepada Syiah Imamiyyah (Itha 'Asyari) dan sekaligus menukarkan landskap keagamaan yang sedia ada di iran. Antara kaedah2 beliau adalah :

1. Meletakkan Syiah sebagai Mazhab rasmi negara dan mandatori, untuk keseluruhan Iran dan juga mengubah pegangan Sufi Syafie rakyat Iran kepada Syiah secara paksa dan total.

2. Memusnahkan masjid masjid ASWJ. Perkara ini turut dicatatkan Tome Pires, Wakil Portugis ke China yang melawat Iran pada sekitar 1511-12, yang mana merujuk kepada Ismail dengan berkata; 'Beliau telah mereformasikan gereja kita, memusnahkan rumah rumah kediaman orang Moor(orang arab dari Sepanyol) yang mengikut Sunnah Muhammad'
(pelik ambe, Tome Pires pun tau ASWJ tu ikut Sunnah Nabi SAW)


3. Menguatkuasakan di seluruh masjid ritual upacara pelaknatan keatas Tiga Khalifah Rasyidin yang awal, Abu Bakar, Umar dan Uthman r.anhum, dengan mencanangkan bahawa mereka bertiga adalah perampas kuasa, membubarkan Tariqah tariqah ASWJ dan merampas aset milik mereka, yang mana digunakan pula untuk membantu dan membina tempat2 suci Syiah, institusi Syiah dan juga pendidikan Syiah. Ulama' Syiah juga dibawa masuk daripada luar menggantikan Ulama' ASWJ.


4. Menumpahkan darah para ASWJ disamping memusnah dan merosakkan makam makam para ulama ASWJ dan juga Masjid masjid milik ASWJ. Keadaan ini menyebabkan Sultan Uthmaniyyah, Sultan Bayazid II (yang pada awalnya mengucapkan tahniah atas naiknya Ismail I sebagai pemerintah Iran) untuk menasihati beliau (Ismail I) dan meminta pemerintah muda itu (dalam bentuk ke'bapa'an) supaya menghentikan tindakan anti-ASWJ beliau. Bagaimanapun, Ismail terlalu pekat kebencian terhadap ASWJ, mengabaikan nasihat Sultan Bayazid dan meneruskan kempen penyebaran Syiah dengan mata pedang.

5. Menzalimi, menganiayai, memenjarakan dan juga membunuh orang ASWJ yang degil yang masih cuba menentang.

6. Dengan tertubuhnya Dinasti Safawiyyah, telah diletakkan satu hari perayaan yang berwarna warni dan meriah, pada 26 Dzulhijjah, ataupun alternatifnya 9 Rabiu'l Awal, untuk menyambut pembunuhan Saidina Umar ra. Kemuncak perayaan itu adalah dengan mencipta boneka Saidina Umar, yang mana akan disumpah seranah, dicaci maki, dilaknat, dan akhirnya dibakar di depan khalayak ramai. Namun, setelah hubungan antara Iran dan Daulah ASWJ bertambah baik, hari cuti perayaan itu tidak lagi disambut (sekurang kurangnya secara rasmi, kerana seperti yang kita maklum, perayaan pembunuhan itu sehingga sekarang masih ada, boleh dilihat didalam youtube).

7. Pada 1501, Ismail menjemput semua Syiah yang tinggal diluar Iran supaya bermastautin di Iran dan dijamin keselamatan mereka daripada ancaman majoriti ASWJ.