200 Blogger Yahudi Berhimpun

 

Akhbar Israel baru-baru ini melaporkan lebih dari 200 blogger Yahudi telah menghadiri suatu persidangan di Jerusalem, Israel pada 9hb September lepas. Majoriti kehadiran ke persidangan dihadiri oleh imigran-imigran “Aliyah” dari Amerika Utara dan selebihnya adalah penduduk asal Israel sendiri.
(Imigran Aliyah עלייה = orang Yahudi dari negara lain yang berpindah ke Israel dengan tujuan menjadi warganegara tetap Israel.)
Persidangan tersebut merupakan pertama kali diadakan dimana ia melibatkan pelbagai acara termasuklah forum terbuka untuk blogger meluahkan pandangan.
Suatu perkara yang menarik untuk diteliti ialah agenda forum terbuka tersebut. Agenda forum yang dibawa oleh penganjur ialah

“Membincangkan persoalan bagaimana membawa Jewish Blogger kepada suatu level lain.”

Maksudnya ; Pihak penganjur dilihat cuba untuk membawa semua Jewish Blogger berbincang untuk menetapkan misi dan visi bagi setiap intipati blog mereka.
Namun ada beberapa kekhilafan dalam laporan akhbar Israel itu. Akhbar melaporkan persidangan itu adalah persidangan pertama. Tetapi kata-kata pengerusi forum pada persidangan itu memperlihatkan seolah-olah beberapa perjumpaan tertutup (tanpa pengetahuan media) telah diadakan.
Miriam Woelke mengatakan, “Everybody knew already how to get traffic, so there was nothing new,”.
Miriam adalah penerbit bagi beberapa blog yang mengisarkan berkaitan komuniti Yahudi Orthodoks dan Yahudi Ultra-Orthodox di Israel.
 
(Gambar: Kiri) Yahudi orthodoks (Kanan) Yahudi ultra-ortodox
Tidak dapat dikenalpasti apakah matlamat tersembunyi di sebalik perjumpaan pertama itu (tidak semua dilaporkan oleh pemberita). Perjumpaan itu sepatutnya boleh berlaku sejak dahulu lagi kerana dunia komputer sememangnya dikuasai Yahudi.
Bagi penulis, persidangan ini amat penting bagi pihak Israel, jika tidak masakan ianya dihadiri oleh seorang VIP yang amat berpengaruh. VIP tersebut ialah Benjamin Netanyahu iaitu bekas Presiden Israel yang ke-9. Beliau menjadi presiden antara tahun 1996 hingga 1999.
Selain itu, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Israel juga menghadiri perjumpaan tersebut dan melakukan suatu perbentangan kertas kerja.
Walaupun kehadiran sekadar 200 orang lebih sahaja, tetapi menurut laporan persidangan itu disaksikan secara live melalui internet web TV oleh lebih 1300 orang blogger Yahudi.
Associated Press melaporkan persidangan ini dianjurkan oleh kumpulan Yahudi yang pro-imigran yang dikenali sebagai Nefesh B’Nefesh. Dan individu yang memberikan ucapan iaitu Benyamin Netanyahu juga seorang Imigran Aliyah yang berasal dari Amerika Syarikat.
(Gambar) Benyamin Netanyahu, bekas Perdana Menteri Israel
Dalam ucapannya, Netanyahu memberi idea tentang penjenamaan semula Israel ke arah yang lebih terbaik (rebranding in mission).
Bagi menyambut idea itu, Danny Oberman dari kumpulan Nefesh B’Nefesh telah mengumumkan pelancaran projek Web 2.0. Dimana melalui Web 2.0 ini bolgger dapat berbincang dan bersoal jawab secara terbuka berkenaan cara meningkatkan imigrasi (aliyah) ke Israel.
Benji Lovitt, 33 tahun menyatakan tentang blognya,
“My approach is to try to show that Israel is more than you see on CNN. It’s actually not the scary, depressing place you think it might be but it’s a place of vibrancy and fun and blogging is a way to spread the word about that.”
Ulasan :
Dalam kesibukan masyarakat berlumba-lumba membuat blog, dalam diam-diam ternyata suatu kelompok lain telah berfikir melebih jangkauan kegunaan blog pada masa depan. Nampaknya kumpula Nefesh B’Nefesh ini berkemungkinan adalah kelompok pencetus kepada perang saraf dunia blog pada masa depan.
Walaupun misinya untuk mencapai kata sepakat membincangkan idea untuk membantu penghijrahan Yahudi luar ke dalam Israel, tetapi sudah pasti suatu misi tersembunyi yang lebih global bersedia untuk timbul pada masa yang telah ditetapkan.
Wallahu’alam…