Kerajaan sudah menahan beberapa tokoh mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan selepas dibebaskan tokoh berkenaan dipercayai terus aktif mengembangkan Syiah.
Menurut penyelidikan markas Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi markas itu aqidah Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Hasilnya lahirlah beberapa tokoh profesional Syiah di kalangan keluarga berpengaruh, pensyarah agama, kelompok profesional, pakar perubatan alternatif, hinggalah golongan guru agama sekolah.
Kelompok Syiah ini sedang berusaha dengan gigih mendampingi tokoh berpengaruh tanah air bagi mendapatkan hak pengiktirafan status agama mereka dan mendapatkan kebenaran untuk merayakan upacara agama secara terbuka.
Sekiranya mereka diberi kebebasan itu maka akan bergema laungan cacian dan maki hamun kepada sahabat dan isteri Nabi di jalan raya seperti mana yang menjadi kebiasaan di Iran, Iraq, Pakistan dan Lubnan.
Paling menakutkan ialah upacara ‘Husayniyyat’, iaitu melibas pedang dan memukul dada pada tubuh sendiri akan berleluasa pada hari kebesaran Syiah. Maka di sinilah bermulanya peperangan sebenar Syiah-Sunnah yang penuh berdarah.
Kita mencadangkan pihak universiti memperhebatkan kajian dan seminar mengenai kesesatan ajaran Syiah dan jabatan agama perlu menjelaskan kepada masyarakat bahaya ajaran Syiah.
Pihak berkuasa pula perlu bertindak ke atas pergerakan itu seperti yang dilakukan terhadap ajaran sesat yang lain sebelum ini.