Allah telah menurunkan al-Qur’an sebagai kitab hidayah dan panduan untuk kebaikan umat manusia seluruhnya dan sebagai rahmat kepada mereka. Al-Qur’an adalah penyampaian kepada maksud dan kehendak Allah daripada hamba-Nya.
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur`an menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. (Surah al-Nahl: 89)
Maksud tertinggi daripada al-Qur’an ialah membaiki atau kebaikan individu, masyarakat dan tamadun. Kebaikan individu bergantung kepada pemurnian dan penyucian jiwa. Asasnya ialah akidah yang sahih kerana akidah adalah sumber kepada adab-adab pekerti dan pemikiran akal dan minda. Kemudian pembaikan pada amalan zahir iaitu ibadat zahir seperti solat, zakat, ibadat. Manakala aspek batin pula seperti berakhlak mulia dengan meninggalkan hasad dengki, sombong dan sebagainya.
Kebaikan dan keelokan masyarakat akan terhasil mula-mula sekali dengan kebaikan individu kerana individu adalah anggota atau juzu`- juzu` yang membentuk masyarakat. Selain itu, kebaikan masyarakat dapat dicapai dengan menentukan dan menggariskan urusan dan tindak tanduk masyarakat sesama mereka. Supaya kehendak-kehendak mereka tidak bertembung. Inilah apa yang disebut sebagai ilmu muamalat atau mengikut ahli falsafah siyasah madaniyyah (politik kemasyarakatan atau pentadbiran sivil)
Kebaikan atau pembaikan tamadun adalah lebih luas lagi kerana ia menjaga sistem alam atau dunia Islam, menggariskan hubungan antara komuniti dan negara-negara demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan bersama. Ia juga merangkumi penjagaan kemaslahatan umum umat Islam, menjaga maslahah yang lebih umum daripada maslahah yang khusus apabila berlaku pertentangan. Inilah yang dinamakan sebagai ilmu tamadun dan ilmu sosiologi.
Kehendak Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an adalah menjelaskan atau penghuraian tentang tindak-tanduk dan perlakuan yang merujuk kepada memelihara objektif-objektif agama dan ini terkandung di dalam ayat yang Allah perintahkan kepada hamba-Nya.
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (surah Sad: 29)
Membaiki akidah dan mengajar akidah yang sahih ini merupakan sebab yang paling besar dan kuat untuk mengubah manusia kerana ia menghilangkan dari jiwa sebarang ketundukan terhadap selain dari Allah. Membersihkan hati dari sangkaan-sangkaan yang timbul dari syirik dahriyah (fahaman tidak bertuhan). Inilah yang diisyaratkan oleh ayat 101 dari Surah Hud.
وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَكِنْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَمَا أَغْنَتْ عَنْهُمْ آَلِهَتُهُمُ الَّتِي يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ لَمَّا جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ وَمَا زَادُوهُمْ غَيْرَ تَتْبِيبٍ
Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka.
Pemurnian akhlak
Allah s.w.t. berfirman:
وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ
Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Surah al-Qalam: 4)
‘A`ishah menjelaskan ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah s.a.w., akhlak baginda adalah al-Quran.
Perundangan
Iaitu hukum-hukum khusus dan umum.
إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (al-Nisa`: 105)
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آَتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). dan kalau Allah menghendaki nescaya ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (al-Ma`idah: 48)
Al-Qur’an telah menghimpunkan kesemua hukum-hukum pada kebiasaan dalam bentuk yang kulli (prinsipal) dan hukum-hukum dalam bentuk juz`i tentang perkara yang penting.
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. (al-Ma`idah:3)
Daripada ayat-ayat yang bersifat prinsip itu Allah s.w.t. memerintahkan supaya dijadikan asas bagi proses pembinaan hukum dan Qiyas dalam perkara yang tidak jela dan tidak ada hukum yang terperinci.
Al-Shatibi berkata: “al-Qur`an itu dengan sifatnya yang ringkas adalah lengkap menghimpunkan (segala ma’na) dan Shari’ah itu sempurna dengan sempurnanya wahyu dan tidaklah ia menjadi lengkap bagi keseluruhan agama melainkan yang terkumpul di dalamnya adalah perkara prinsip yamg kulli.
Siyasah ummat
Ini merupakan perkara yang besar dalam al-Qur’an maksudnya ialah pembaikan umat dan menjaga sistemnya seperti bimbingan supaya membentuk kesejagatan dan perpaduan jamaah.
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah ni’mat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Al ‘Imran: 103)
إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. kemudian ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya). (Surah al-An’am: 159)
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (al-Anfal: 46)
وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ
Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (Surah al-Shura: 38)
Kisah-kisah dan berita–berita umat terdahulu untuk menghibur dengan keadaan mereka yang baik.
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآَنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ
Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya. (Surah Yusuf: 3)
Dan kisah-kisah itu juga sebagai ancaman kejahatan-kejahatan.
وَتَبَيَّنَ لَكُمْ كَيْفَ فَعَلْنَا بِهِمْ وَضَرَبْنَا لَكُمُ الْأَمْثَالَ
Dan telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana kami telah mengubah keadaan mereka dengan menimpakan mereka bencan aberbagai bencana. (Surah Ibrahim: 45)
Pengajaran yang sesuai dengan masyarakat semasa.
al-Qur’an mengambilkira keadaan yang sesuai dengan suasana aman masyarakat semasa dan juga perkara-perkara yang melayakkan mereka untuk menerima dan menyebarkan Shari’ah.
Al-Qur’an mengajar hikmah neraca akal.dan kesalahan dalam menggunakan dalil dalam seni perdebatan gan golongan sesat serta dalam ajaran untuk merenung dan berfikir.
Al-Qur’an memberi penegasan terhadap penggunaan akal, alat-alat bantuan pengajaran seperti tulisan, penekanan terhadap membaca, berfikir, menulis, dalam ayat-ayat seperti
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
(1.) Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - 4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - (Surah al-‘Alaq: 1-4)
ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis, (-al-Qalam: 1),
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ
Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). (Surah al-Baqarah; 282)
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah al-Zumar: 9)
Pengajaran-pengajaran, ancaman,berita-berita gembira. Ini tertumpu di dalam ayat–ayat janji baik dan buruk begitu juga penghujahan terhadap golongan yang degil, keras kepala. Bab ini dinamakan dengan al-Targhib wa al-Tarhib.
Sifat al-Qur’an al-i’jaz iaitu mencabar dengan melemahkan yang lain supaya menjadi tanda kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.